Kami
A few words about Us.


Assalamualaikum
Hamba Allah yang mencari erti kehidupan.
Menulis sekadar mengisi masa lapang.
Menyalurkan jiwa melalui tulisan.
Kesempurnaan orang lain menyempurnakan kekurangan diri kita.
Setiap yang datang akan pergi jua.
Setiap yang berlaku tersembunyi hikmah tersendiri.
Kepada Dia kita berserah

Note

Segala hasil penulisan diharap tidak disalin oleh mana-mana pihak.
Allah melihat segala tindakan kita.


Content
All I care.

Aku Introvert - Lifhae
Keeping secret and remain silent sometime be the curse.
» [Intro]
» [1]
» [2]
» [3]
» [4]
» [5]
» [6]
» [7]
» [8]
» [9]
» [10]

» [11]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]

La Estrella - Lifhae
It's not what you feel, It's how you feel it existance.
» [Intro]
» [1]
» [2]
» [3]
» [4]
» [5]
» [6]
» [7]
» [8]
» [9]
» [10]
» [11]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]

Bloodties - nouhainaz
Being strong sometimes weak.
» [Intro]
» [1]
» [2]
» [3]
» [4]
» [5]
» [6]
» [7]
» [8]
» [9]
» [10]
» [11]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]
» [16]
» [17]
» [18]
» [19]
» [20]
» [21]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]

BlogRoll
See them.

Follow Us

Lifhae| AliaAllias| Penulisan2U| Empty|

Your link here? Apply

The Guide
Hopefully Helpful.

Login| BloggerPlugin| ColourCodes| BloggerStop| BloggerTips| Learn Php/Java/Html| CoolTemplate| BlogSkin| Title Bar Maker| Cursors|

The Lyric.
Here's a story of a boy,
Living in the lonely world,
A hidden note, A secret crush,
A little girl who talks too much.

Well, I'm standing in the crowd,
And when you smile I check you out,
But you don't even know my name,
You're too busy playing games,

And I want you too know,
If you lose your way,
I won't let you go.

If I cut my hair,
If I change my clothes,
Will you notice me?

If I bite my lip,
If I say hello,
Will you notice me?


[Chapter 21] Bloodties.
Monday, February 7 at 4:48 AM 4 bersuara
Chapter 21

“So.. What are we going to do? Guys? Girls?” Bee bersuara bertanya kepada rakan-rakan lain. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Masing-masing masih terkejut dengan saranan Aey yang tak pernah-pernah difikirkan.

“Baiklah. If korang rasa segan nak bagi cadangan korang depan ramai-ramai camni, korang boleh isi kat kertas ni. Satu perkataan satu teguk Seven Seas. Boleh kot camtu?” Aey bersuara dari tempat duduknya. Sambil mengeluarkan berhelai-helai kepingan kertas A4 Double A, dia memberi isyarat kepada bartender untuk membawakan minuman yang disebutnya tadi ke meja kecil di hadapan.

“Aku tak kisah minum.”
“Aku pun.”
“Lagi best.”

Ramai antara mereka dalam kalangan lelaki tidak kisah minum. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan minuman panas itu. Aey mengambil Seven Seas, diletakkan dalam gelas kaca kecil itu, lalu diminum. “Aah. Tak perlulah sampai nak guna kertas-kertas ni. Cakap je apa korang ada. Aku tak kisah punyalah. Bukan aku nak buat apa pun. Korang takut kena gelak.?”

Tiada respon.

“Hahahah. Kalau dah cadangan korang tu macam cadangan adik seusia gigi bongsu, memanglah aku gelak!” Aey ketawa terbahak-bahak. Sampai terguling-guling dekat sofa yang dia duduki dengan Bee dan See. Sampai memegang perutnya. Tanda sakit perut ketawa. Gurauan yang serius.

Masih lagi tiada respon.

“Kay.! Selalu kau yang aktif? Mana isi?” Bee tak mengendahkan gelak tawa Aey yang masih berdekah-dekah. Tak habis lagi lawak yang dia rasa agaknya. Dia bertanya kepada Kay.

“Hmm.. Aku rasa.. kebelakangan ni.. aku dapat detect banyak cikgu-cikgu buat projek dengan student.” Kay membuka suara. Satu informasi baru.

“Eh.? Serius?” Aey tertarik dengan cerita Kay. Dia terus duduk dengan tegak. Ingin mendengar dengan lebih lanjut. Yang gadis dah berbisik sesama sendiri. Lelaki senyap. Cerita menarik harus diberi perhatian.

“Yea.. Hari tu aku dengar-dengar cerita dari bebudak Sentul 1 kantoi student dating dengan cikgu English dia. Dengar cerita laa.. Taktau betul ke tak. Tapi kalau dah berdating tu.. Kompom la buat lagi best dari tu pun ada kan?” Kay bersuara lagi. Menceritakan dari mana datangnya berita yang dia suarakan tadi.

“So? What are you trying to reach here, Kay?” Vee bersuara.

“Apa aku nak cakap kat sini, benda macam ni harus dibesar-besarkan. Kalau tak mereka ni makin berani.” Kay menjawab, sambil memandang Vee.

“So? What are you planning to do with that?” Bee pula bertanyakan kepada Kay.
“I wonder, if we talk to some of my friends there, to shot some videos. Tak kisah if 3gp or hd video. Then, we spread it the whole schools around KL. How is that sound?” Kay menyambung lagi. Terus ke plan yang difikirnya.

“Hmm. Interesting. May the butt hurt very bad.” See member respon positif. Semua melihat Aey yang duduk menongkat dagu. Gaya dia berfikir. Aey minum lagi Seven Seas.

“Hmm.. Aku rasa oke idea tu. Tapi boleh kita detailkan lagi rancangan tu.” Kay, nanti kau bagi segala informasi kau termasuk informant kau tu dekat See. Nanti kitorang bincang lagi, kami bagitau kau apa kau perlu buat.” Aey bersuara, memberi komen.

“Lain?” Bee bertanya lagi. Minta pendapat lain.

“Korang sakit hati tak dengan cikgu-cikgu jenis jilat punggung ni?” Tiba-tiba Elle bersuara. Suara bengang semacam. Masing-masing macam terperanjat. Mata terbeliak sedikit. Masing-masing setuju, membingitkan suasana sunyi.

“Haa, kalau camtu, aku rasa kita boleh gak pakai cadangan Kay tadi. Rakam video. Tapi, yang ni kita rakam video cikgu-cikgu hamjadd tu masa diorang tengah menjilat tu. Pehhh.~ Serius panas weh.! Pastu kita hantar kat cikgu-cikgu lain. Baru diorang tau langit tinggi rendah! Seronok sangat jilat bontot berulat berkedut tu!” Elle menerangkan lagi. Penuh emosi dan amarah.

“Kau kadang-kadang cun gak bila marah kan? Haha.” Bee menyakat Elle yang masih merah padam mukanya. Elle hanya menjawab soalan Bee dengan ketawa. Sudah biasa disakat rakan-rakan. “Aey? Camna?” Bee kembali menoleh kepada Aey. Aey hanya senyum. Setujulah tu.

“Alright.. We have second things to do now.. Anyone else?” Perbincangan diteruskan lagi. Pelbagai cadangan disenaraikan. Antaranya ialah;

3. Rakam perbualan cikgu yang mengutuk sesama sendiri, tak kisahlah ketika bersolek di dalam tandas sekolah, di kantin, atau di bilik guru. Kemudian pasangnya menggunakan speaker utama sekolah. Tujuan utama – menonjolkan lagi kehipokritan cikgu-cikgu sekolah.

4. Masukkan ubat tidur ke dalam minuman cikgu sekolah. Top priority untuk cikgu-cikgu sekolah elit yang bawa bekal minuman ke sekolah. Biar mereka ponteng kelas, tak masuk mengajar. Confirm student report dekat parent! Baru riuh satu sekolah nanti!

5. Hack sistem sekolah. Tukar segala maklumat guru-guru yang memandai menyimpan rahsia dalam kelambu. Perlu teliti dalam menyiasat segala maklumat rahsia guru. Print dan tampal di papan maklumat utama sekolah di hadapan pejabat dan di dinding-dinding sekolah. Nama dan gambar perlu dikaburkan. Cuma maklumat diri saja yang ditonjolkan. Biar pembaca mengagak sendiri siapa yang disebutkan itu.

6. Hantar surat amaran kepada semua wakil pelajar setiap sekolah. Dalam surat itu, jelaskan bahawa Anarchist tidak akan mengganggu lagi students. Lagipun, gangguan kepada student hanya iklan sebentar, supaya menyusahkan guru-guru. Pelbagai masalah yang masih tak dapat diselesaikan baru-baru ini yang berkaitan dengan pelajar sekolah adalah dilakukan oleh Anarchist. Katakan pada mereka jangan masuk campur urusan Anarchist. Kalau tak, perkara lebih teruk akan berlaku kepada mereka.

7. Cadangan ekslusif Aey : Nasihat kepada para guru sekitar Lembah Klang.

“Wahai guru-guru Malaysia yang disegani masyarakat, yang bertauliah yang berdedikasi dan berkarisma. Ini bukan surat cinta dan bukan surat amaran dari kerajaan. Ini adalah secebis nasihat dari kami, hamba-hamba hina yang berusaha ingin mengubah dunia pembelajaran dan pengajaran dunia Malaysia bumi tercinta ini. Sangat berharap agar guru sekalian tidak mengambil langkah proaktif terkejut dan melatah dengan apa yang kami hendak sampaikan ini.

Kami dimaklumkan baru-baru ini, kejadian tidak berlaku adil kepada para pelajar dalam menjatuhkan hukuman sering terjadi dalam kalangan mereka. Ramai pelajar berasa sakit hati kerana hukuman yang dikenakan itu bagaikan meletakkan bontot anjing di bibir mereka. Memalukan, menyakitkan dan menimbulkan kemarahan. Oh, para guru sekalian. Kami sangatlah berbesar hati mendengar berita ini. Bukannya apa, para guru sekalian bagaikan membuka pekung guru-guru sendiri apabila berlaku kejam seperti ini.

Bayangkan, pelajar kesayangan para guru sekalian melakukan kesilapan. Mungkin bagi para guru kesilapan yang dilakukan itu berat, namun dalam sejarah pembelajaran di sekolah, kesalahan pelajar itu adalah kesalahan biasa yang sudah lama para guru sedunia berusaha untuk membendung masalah itu. Adakah patut kesalahan meniru dan menyalin kerja sekolah pelajar dibuatnya menghukum pelajar itu dengan mengarahkan pelajar itu berlari keliling padang tanpa pakaian? Agak-agaklah dalam menghukum pun..! Kesalahan ringan macam tu, rotan dalam kelas sudahlah! Kejam! Kejam!

Ini baru satu kes. Pelbagai lagi kes yang kami lihat sangat mencabar kewibawaan kami sebagai para pengubah masa hadapan. Adakah ini yang kamu panggil guru? Ya, mungkin segelintir saja yang berkelakuan tahi begitu. Tapi ingatkah kamu sepertimana kita belajar dulu? “Jatuh nila setitik, rosak susu sebelanga?” Pernah kan? Mungkin ada antara kamu yang bijak pandai dalam ilmu berpura-pura. Tidak ikhlas dalam mencurahkan ilmu kepada pelajar. Hati penuh hasad dengki untuk lebih naik pangkat.

Manusia seringkali melakukan kesilapan bukan? Kamu para guru juga sedang mengaku yang apa yang kamu lakukan itu adalah kesilapan yang terlalu mengikut hawa nafsu amarah diketuai syaitan Lusifer. Betul? Jadi perlukah pelajar kesayangan kamu semua itu dihukum sebegitu rupa, sedangkan engkau boleh lagi bergelak ketawa dalam bilik berhawa dingin?

Oh, my. Pelajar Malaysia semakin manja? Pelajar Malaysia semakin nakal? Siapa ajar siapa? Guru yang mengajar pelajar atau pelajar yang mengajar cikgu? Cukupkah ilmu yang kamu belajar dahulu? Dengan guru kamu? Oh? Penat kan? Itulah yang buat kerjabuat kamu akan dapat balasan yang lebih menggiurkan di masa hadapan. Pengajaran yang ikhlas dan padat, penuh kesabaran akan melahirkan anak muda yang cemerlang. Walaupun kegarangan itu harus di kala pelajar naik belang, tapi haruslah pukulan demi pukulan dimasukkan dengan unsure kasih sayang. Kalau tak, segala ajaran akan terbang melayang.

Wahai guru-guru seluruh Malaysia yang disegani masyarakat, yang bertauliah yang berdedikasi dan berkarisma.

Kami tidak akan segan silu masuk campur dalam urusan pihak sekolah para guru sekalian andainya anda tidak terlalu ghairah menghukum pelajar sesuka hati begitu. Belajar baik-baik psikologi anak-anak, sebelum masuk mengajar anak-anak. Mungkin ya, ada yang masih bujang tidak mengerti siapa sebenarnya anak-anak itu. Anda tidak mempunyai pilihan lain kecuali memahami jiwa anak-anak kerana anda yang memilih jalan ini, mendidik anak-anak muda menjadi pemimpin negara suatu hari nanti.

Zaman sudah berubah. Pelajar semakin tidak mendengar kata guru. Pelajar semakin melawan kata-kata guru. Itu belum masuk masalah sosial lagi! Hal ini perkara biasa dari zaman ke zaman, cuma dalam zaman ini ia menjadi semakin galak dek kerana kurangnya ilmu mendalam dalam mengurus hal pelajar dalam erti kehidupan sebenar. Jangan harapkan teori buku semata-mata, haruslah kumpul seberapa banyak cerita pengalaman guru-guru yang mengajar dulu! Old timer kata orang!

Masalah kecil macam itu pun haruskah kami nasihat para guru sekalian bagaimana untuk diselesaikan? Apa yang kau orang buat ni? Mesyuarat setiap hari untuk apa? Program sekolah? Haruslah kerajaan kecilan pimpinan anda ini lebih baik dari kerajaan pimpinan Perdana Menteri itu! Kerajaan kecilan saja kan? Tak guna mendidik pemimpin kalau kerajaan sekecil ini pun tak boleh dipimpin!

Sekian saja warkah berbaur nasihat dari kami,
The Anarchist, Malaysia.


8. Sekat semua telefon sekolah di sekitar Lembah Klang ke Pejabat Polis dan pihak berkuasa supaya tiada masalah yang timbul akibat dari perbuatan guru yang melatah dengan surat nasihat dari Aey. Kawal dan sambungkan jaringan guru dengan dunia pihak berkuasa. Berikan tugasan ini kepada pakar-pakar dalam telekomunikasi, genius di sekolah menengah teknik berdekatan.

Itu adalah antara pelan yang dirangka habis dengan teliti oleh Aey. Perbincangan mereka dihentikan sebaik sahaja bos kelab itu menyatakan dia hendak membuka kedai.

***

Dalam perjalanan ke rumah Aman, Nouh dan Aman berbual rancak mengenai gadis yang dijumpai mereka di kawasan tasik tadi.

“Beb, stail doh gadis tadi!” Aman berbual penuh rancak di sebelah.

“Hahaha. Kau semua stail!” Nouh hanya ketawa mendengar pujian Aman tak henti-henti sebaik Wati berlalu pergi jauh dari pandangan mereka. Matanya masih focus dalam pemanduan.

“Iyalah! Kalah Vivian kau nih! Gaya dia cakap, fuuhhhhh~ Memikat jantung hati sesiapa yang mendengar!” Lagu IL Divo – Unbreak My Heart yang dimainkan tidak langsung menarik perhatiannya.

“Yaaa…! Aku tahu itu..! Sudahlah kau ni! Mengaku sajalaa kau jatuh cinta pandang tergolek dekat Wati!”

“Hahahahahahaha! Jauh cinta? Peh! Berani la pulakk aku nak jatuh cinta dekat gadis baru sekali jumpa nih? Lain la macam kau. Berkali-kali dah jumpa dengan Vivian! Heheh.”

“Ehh. Aku pulakk. Haa, dah sampai rumah kau nih! Esok jumpa kat sekolah.”

“Ceh. Baru nak sampai hot topic dah sampai rumah. Potong stim betullah kau ni! Lain kali bawa kereta tu perlahan sikitt. Tau la tak ada lesen pun, tak payahlah kalut sangat. Bukan ada roadblock siang-siang macam ni! Haha.”

“A’a.. Yelah tu. Dah. Dah. Masuk mandi. Busuk.”

“Heheh. Oke. Jumpa kat sekolah esok! Kirim salam kat Vivian oke?”

“Tadahal.”

Pintu kereta ditutup rapat. Nouh kembali meneruskan pemanduannya pulang ke rumah. Nouh memikirkan pasal gadis bernama Wati tadi. Gaya bahasa yang digunapakai itu, cukup padan dengan personaliti Puspa yang mengisi masa lapangnya di rumah. Chatting bersama Puspa memang sangat menggembirakan hati. Hilang segala lelah di dada. Menjadi anak tunggal dalam keluarga, dia kekurangan teman hati untuk dibual bicara bersama. Justeru, dalam alam maya sajalah dia bualkan segala.

Nouh mengenali Puspa sudah lama, sejak dia belum rapat dengan Aman dan Nour. Namun mereka membuat keputusan untuk kekal menjadi sahabat di alam maya supaya masing-masing tidak mengganggu garis perjalan kehidupan yang dirancangkan selama ini. Biar nasib dan jodoh saja yang menentukan mereka terserempak atau tidak.

Dan tadi.. deria keenamnya kuat mengatakan yang gadis dijumpainya tadi adalah Puspa. Silap dia, kerana tidak bertanyakan nama penuh gadis itu tadi. Dia terus ke biliknya, mandi dan solat asar. Selepas selesai bermunajat dengan penuh kekhusyukan dan pengharapan kepada Ilahi, dia kembali ke hadapan PC. Dia masuk ke dalam Chatroom. Menekan butang nudge di tetingkap Puspa.

Perbualan rancak bermula.