Kami
A few words about Us.


Assalamualaikum
Hamba Allah yang mencari erti kehidupan.
Menulis sekadar mengisi masa lapang.
Menyalurkan jiwa melalui tulisan.
Kesempurnaan orang lain menyempurnakan kekurangan diri kita.
Setiap yang datang akan pergi jua.
Setiap yang berlaku tersembunyi hikmah tersendiri.
Kepada Dia kita berserah

Note

Segala hasil penulisan diharap tidak disalin oleh mana-mana pihak.
Allah melihat segala tindakan kita.


Content
All I care.

Aku Introvert - Lifhae
Keeping secret and remain silent sometime be the curse.
» [Intro]
» [1]
» [2]
» [3]
» [4]
» [5]
» [6]
» [7]
» [8]
» [9]
» [10]

» [11]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]

La Estrella - Lifhae
It's not what you feel, It's how you feel it existance.
» [Intro]
» [1]
» [2]
» [3]
» [4]
» [5]
» [6]
» [7]
» [8]
» [9]
» [10]
» [11]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]

Bloodties - nouhainaz
Being strong sometimes weak.
» [Intro]
» [1]
» [2]
» [3]
» [4]
» [5]
» [6]
» [7]
» [8]
» [9]
» [10]
» [11]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]
» [16]
» [17]
» [18]
» [19]
» [20]
» [21]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]

BlogRoll
See them.

Follow Us

Lifhae| AliaAllias| Penulisan2U| Empty|

Your link here? Apply

The Guide
Hopefully Helpful.

Login| BloggerPlugin| ColourCodes| BloggerStop| BloggerTips| Learn Php/Java/Html| CoolTemplate| BlogSkin| Title Bar Maker| Cursors|

The Lyric.
Here's a story of a boy,
Living in the lonely world,
A hidden note, A secret crush,
A little girl who talks too much.

Well, I'm standing in the crowd,
And when you smile I check you out,
But you don't even know my name,
You're too busy playing games,

And I want you too know,
If you lose your way,
I won't let you go.

If I cut my hair,
If I change my clothes,
Will you notice me?

If I bite my lip,
If I say hello,
Will you notice me?


[Chapter 7] Bloodties.
Monday, November 8 at 6:38 PM 0 bersuara
Chapter 7

Nouh melihat ukiran logo itu. Ada sedikit kesan merah di kaki kanan huruf A. “Macam mana boleh teachers tak perasan ni?” Nouh melambaikan tangan ke arah Vivian. Disuruh Vivian menyimpan bukti penting ini juga. Mata Nour masih meliar ke sekeliling tempat itu. Tiada apa lagi yang pelik di matanya. Mungkin. Selepas selesai segala buku-buku dikemas, guru-guru meminta para pelajar di tempat kejadian itu untuk beredar. Untuk memberi arahan kepada pengawas lain agar meminta pelajar lain bersurai untuk berehat kerana waktu rehat sudah lama berlalu.

******


“Kau dengar tak buku disiplin dekat library terbakar?” Q-bee membisik kepada Sushi. Nour hanya mendengar. Mereka duduk bertiga di kantin, sambil menjamu selera.

“Mana kau dapat khabar angin barat laut ni?” Sushi membalas.

“Tadi. Aku dengar No. 1 cakap dengan Aman.” Q-bee memang menggelarkan Nouh sebagai No. 1. Hanya disebabkan Nouh selalu mendapat tempat pertama dalam pelajaran.

“Kau ni tak agak-agak nak dengar khabar angin dari budak tu. Mana tau kot saja dia nak main-main dengan si Aman sewel tu? Kau pun percayalah bulat-bulat ya?” Sushi menjawab. Terasa lucu dengan b erita yang baru disebarkan oleh Q-bee itu. Nour masih senyap mendengar setiap butir bicara rakannya itu.

“Sewel-sewel si Aman tu pun, masuk Pluto jugak. Kau jangan main-main. Nour, kau rasa macam mana? Boleh percaya tak No. 1 cakap?” Q-bee memandang Nour.

“Huh? Tak tahu. Selagi aku tak dengar dia cakap sendiri dekat aku, aku malas nak percaya.” Nour menjawab, walaupun tidak berharap sangat Nouh datang sendiri bercakap dengannya. Walaupun dia sendiri terdengar perbualan Nouh dengan Aman tadi.

******


“Aman. Aku rasa kau mesti terkejut dengan berita kali ni.” Nouh menghampiri dan berbisik kepada Aman sambil memegang bahu kawannya itu. Pelajar lain sudah ramai yang bergerak ke kafe sekolah.

“Aku pun nak tahu jugak ni. Apa yang terjadi sampai kecoh sangat dekat pusat membaca tu?”

“Buku disiplin. Buku rekod disiplin salah laku pelajar. Terbakar.”

“Wha? Really? Gila betul. Siapa punya kerja?”

“Haa. Yang tu kejap lagi kita sembang dengan Vivian. Sekarang, kita isi perut dulu.” Nouh mengajak Aman ke kafe. Mata dikerling kepada Nour. Tahu dia mendengar perbualan mereka.

******


Nour melihat Nouh dan Aman berjalan di kafe. Perbualan Sushi dan Q-bee mengenai kebakaran di perpustakaan tadi tidak dihiraukan. Otaknya masih ligat berfikir tentang hubungan darahnya dengan Nouh. “Papa.. Why don’t you told me earlier?” Walaupun dirinya tak merasakan dia istimewa kerana matanya lain dari yang lain, dia tidak menyangka yang Nouh juga mempunyai mata yang serupa dengannya. Susah hendak dibayangkan. Dan tadi. Waktu yang bergerak perlahan tadi memang pelik. Sekejap perlahan, sekejap laju. Hairan betul. Ini dah macam kuasa Hiro Takamura dalam Heroes. Takkan kot? Hish. Dilihat Nouh juga memandangnya dari jauh. Cuma seimbas, kerana Nouh rancak bersembang dengan Aman. Entah apa yang disembangnya pun malas Nour hendak melayan. Jumpa setiap hari. Kelas pun sama. Tapi tak berhenti bersembang. “Lelaki.” Tanpa sedar Nour menuturkan perkataan itu. Q-bee dan Sushi menoleh.

“Ohooo..” Serentak Q-bee dan Sushi bercakap. Sengih memandang Nour. Lengan Nour dikuis.

“Apa?” Nour hairan dengan Sushi dan Q-bee yang tiba-tiba sengih macam kerang busuk padanya.

“I heard someone said..” Q-bee menuturkan, dan Sushi menyambung, “Lelaki.”

“OMG. Did I said it out loud?” Muka Nour dah merah.

“Haa.. Kantoi dah cik kak ni berangan!” Q-bee mengangkat tangan ke arah Sushi. Slap Hi-Five!

“Wowowo.. Tak pernah-pernah cakap pasal lelaki ni. Tetiba je..” Sushi menambah. Muka Nour masih lagi merah dek kerana menahan malu.

“Apa pulak.. Aku cakap lelaki sekolah ni ramai.. Tak macam lelaki kat sekolah lain..” Nour cuba menutup malunya.

“Ha.. Cover-lah tu. Cover. Cover tak menjadi.” Q-bee masih menyakat Nour. Sushi hanya ketawa. Nour pun ketawa sebab memang dah tahu ayatnya memang teruk.

“Siapa lelaki yang kau cakap tadi tu? Oh ya. I think you should pay your debt.” Q-bee teringat akan janji Nour pada pagi tadi.

“Oh, pasal tu.. Tempat ni tak sesuailah. Korang dah sudah kan? Jom gerak pergi tempat biasa.” Nour melihat pinggan-pinggan kosong di hadapannya. Mereka bertiga mengangkat punggung, berlalu ke sinki, dan bergerak ke gazebo sebelah taman bunga selepas usai membasuh tangan.