Kami
A few words about Us.


Assalamualaikum
Hamba Allah yang mencari erti kehidupan.
Menulis sekadar mengisi masa lapang.
Menyalurkan jiwa melalui tulisan.
Kesempurnaan orang lain menyempurnakan kekurangan diri kita.
Setiap yang datang akan pergi jua.
Setiap yang berlaku tersembunyi hikmah tersendiri.
Kepada Dia kita berserah

Note

Segala hasil penulisan diharap tidak disalin oleh mana-mana pihak.
Allah melihat segala tindakan kita.


Content
All I care.

Aku Introvert - Lifhae
Keeping secret and remain silent sometime be the curse.
» [Intro]
» [1]
» [2]
» [3]
» [4]
» [5]
» [6]
» [7]
» [8]
» [9]
» [10]

» [11]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]

La Estrella - Lifhae
It's not what you feel, It's how you feel it existance.
» [Intro]
» [1]
» [2]
» [3]
» [4]
» [5]
» [6]
» [7]
» [8]
» [9]
» [10]
» [11]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]

Bloodties - nouhainaz
Being strong sometimes weak.
» [Intro]
» [1]
» [2]
» [3]
» [4]
» [5]
» [6]
» [7]
» [8]
» [9]
» [10]
» [11]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]
» [16]
» [17]
» [18]
» [19]
» [20]
» [21]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]

BlogRoll
See them.

Follow Us

Lifhae| AliaAllias| Penulisan2U| Empty|

Your link here? Apply

The Guide
Hopefully Helpful.

Login| BloggerPlugin| ColourCodes| BloggerStop| BloggerTips| Learn Php/Java/Html| CoolTemplate| BlogSkin| Title Bar Maker| Cursors|

The Lyric.
Here's a story of a boy,
Living in the lonely world,
A hidden note, A secret crush,
A little girl who talks too much.

Well, I'm standing in the crowd,
And when you smile I check you out,
But you don't even know my name,
You're too busy playing games,

And I want you too know,
If you lose your way,
I won't let you go.

If I cut my hair,
If I change my clothes,
Will you notice me?

If I bite my lip,
If I say hello,
Will you notice me?


La Estrella - Part 9
Sunday, June 27 at 9:21 AM 0 bersuara

“ Mama, kakak Aryna bila nak balik?....” Soalan pertama yang keluar dari mulut Aryni sebaik mencium tangan ibunya. Cuti semester baru sahaja bermula. Lia balik JB awal pagi lagi sebab ada urusan dengan pak ciknya, hanya tinggal Aryni seorang sewaktu ibunya datang mengambilnya. Ciz dengan Ice masing-masing balik bersama. Satu kampung lah katakan.

“...dah lama kan dia tak balik..bukan sekarang diorang tengah cuti ke?..”

Ibunya hanya mampu tersenyum..rindukan kakaknya agaknya..anak kembar lah katakan..Lepas SPM terpaksa berpisah, kalau tidak, ke mana saja bersama. Si kakak dapat tawaran ke New Zealand buat medic. Si adik pula, dapat kejuruteraan di Russia..tapi disebabkan tidak mahu berjauhan dengan ibunya, si adik membatalkan hasratnya.

“ Nanti dia balik la tu..ada urusan sikit dia cakap...”

“ Kakak ni..macam tahu-tahu yang Aryni rindu dia...” senyum segaris terukir dibibir.

“ Tadi tengah hari, dia ada telefon mama, petang esok dia sampai KLIA..adik nak ikut mama pergi ambil? ..”

“ Okies...no problem punyer."

“ Papa tak ada ke..?” dia menyoal sebaik melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi..Menandakan tiada sesiapa dirumah. Lagipun, kalau anak-anak dia balik, papa sure akan datang buka pintu.

“ Papa kamu outstation..dua minggu jugak..Jepun kot kali ni..baru semalam bertolak..”

*************

Tangannya mencapai gitar acoustic yang tersandar di penjuru hujung katil  lantas dipetiknya note A hinggalah note G menguji tune gitarnya itu. Perlahan-lahan jarinya memainkan note lagu kau ilhamku. Lagu yang Along suruh mainkan time birthday dia yang ke 17. Birthday terakhir dia sebelum berangkat ke negara orang.
Matanya terpaku ke frame gambar dia dan Along yang berlatar belakangkan kapal terbang yang akan membawa Along ke negara orang untuk sambung belajar. 

“ It was so long time ago...I miss you Along..”

Walaupun hanya lahir beberapa saat lebih awal. Sudah ditakdirkan dia bergelar adik. Namun jika diletakkan mereka berdua bersama, mana satu Aryna, mana satu Aryni, orang pun boleh tersilap. Yang membezakan, sikap mereka berdua. Seorang agak kasar, dan seorang lagi, lemah lembut.

Oii, tak sayang muka ke? karang aku tumbuk baru tahu..” Aryna tiba-tiba menjerit ke arah sekumpulan lelaki.

...perempuan lain engkau orang boleh kacau..adik aku jangan..” tambahnya lagi.

Bibirnya tersenyum segaris apabila terkenangkan saat dia dikacau oleh budak-budak nakal sekolah dulu. Masa tu memang kalau tidak kerana Aryna, kakaknya itu yang datang membantu, sure dah kena macam-macam dengan budak-budak nakal tu. Siapa berani kacau adik penolong ketua pengawas oi. Alamat kena basuh cukup-cukup lah kalau berani sentuh. Silap hari bulan, yang nakal tu jadi lembut dikerjakan. Hahaha..

**************

“ Ketibaan para penumpang MH503. Sila pastikan anda mengambil bagasi masing-masing di mesin pengimbas di sebelah kanan anda.” lemah lembut suara yang kedengaran dari corong pembesar suara.

“ Ha..tu..tu akak...Along!! Sini!!..” dijeritnya sambil melambai-lambai ke arah Aryna.

“ Huish..dah besar pun macam budak-budak..malu Along dengan pak cik jaga kaunter tu..”

“..Hahaha..mengadalah  engkau ni Long..budak-budak tu tandanya muda lagi kan...” dijelirnya lidah ke arah Aryna.

“ Ape-apelah adik aku yang seorang ni..ade aje dia punya nak lawan cakap orang..”

“...Mama drive ke?..papa mana?..” dilihatnya tiada kelibat papanya di situ sambil menghulurkan tangan untuk mencium tangan ibunya.

“..Papa outstation la Along..Jepun..” Aryni pintas memotong.

“ Along kamu mesti penat tuh..11jam flight..dah makan belum?”

“ He he...belum...” tersenyum kelat dia menjawab..

“..lapar pulak tiba-tiba perut ni..” sambil mengosok perutnya.

“ Hahaha..kan terbukti Along ni mengada-ngada kalah budak-budak..” Aryni mencebik ke arah Aryna.

Pap. Bahunya ditolak Aryna.

“ Sakit lah Long..”

“ Padan muke kamu budak-budak...” dijelirnya lidah ke Aryni.

“ Ha..sudah-sudah..jom mama bawak kamu berdua makan dekat The Chicken Rice Shop.”

“ Yesh...” balas mereka berdua serentak.