Kami
A few words about Us.


Assalamualaikum
Hamba Allah yang mencari erti kehidupan.
Menulis sekadar mengisi masa lapang.
Menyalurkan jiwa melalui tulisan.
Kesempurnaan orang lain menyempurnakan kekurangan diri kita.
Setiap yang datang akan pergi jua.
Setiap yang berlaku tersembunyi hikmah tersendiri.
Kepada Dia kita berserah

Note

Segala hasil penulisan diharap tidak disalin oleh mana-mana pihak.
Allah melihat segala tindakan kita.


Content
All I care.

Aku Introvert - Lifhae
Keeping secret and remain silent sometime be the curse.
» [Intro]
» [1]
» [2]
» [3]
» [4]
» [5]
» [6]
» [7]
» [8]
» [9]
» [10]

» [11]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]

La Estrella - Lifhae
It's not what you feel, It's how you feel it existance.
» [Intro]
» [1]
» [2]
» [3]
» [4]
» [5]
» [6]
» [7]
» [8]
» [9]
» [10]
» [11]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]

Bloodties - nouhainaz
Being strong sometimes weak.
» [Intro]
» [1]
» [2]
» [3]
» [4]
» [5]
» [6]
» [7]
» [8]
» [9]
» [10]
» [11]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]
» [16]
» [17]
» [18]
» [19]
» [20]
» [21]
» [12]
» [13]
» [14]
» [15]

BlogRoll
See them.

Follow Us

Lifhae| AliaAllias| Penulisan2U| Empty|

Your link here? Apply

The Guide
Hopefully Helpful.

Login| BloggerPlugin| ColourCodes| BloggerStop| BloggerTips| Learn Php/Java/Html| CoolTemplate| BlogSkin| Title Bar Maker| Cursors|

The Lyric.
Here's a story of a boy,
Living in the lonely world,
A hidden note, A secret crush,
A little girl who talks too much.

Well, I'm standing in the crowd,
And when you smile I check you out,
But you don't even know my name,
You're too busy playing games,

And I want you too know,
If you lose your way,
I won't let you go.

If I cut my hair,
If I change my clothes,
Will you notice me?

If I bite my lip,
If I say hello,
Will you notice me?


[Chapter 12] Bloodties.
Monday, November 8 at 6:45 PM 0 bersuara
Chapter 12

“Huh?” Nouh terjaga dari tidurnya. Lampu tidur di sebelah katil dipetik suis. Bilik di tingkat satu itu diterangi cahaya putih yang malap. Mimpi yang pelik. Seorang gadis belasan tahun disimbah arak kemudian dicacah dengan batang besi. Nouh meraup mukanya lalu bangun berjalan perlahan ke beranda biliknya. Menikmati angin malam sambil menghilangkan kekusutan fikiran. Malam itu tidak sunyi seperti selalu kerana ditemani bunyi cengkerik bersahutan bagaikan bernyanyi menghiburkan hati Nouh. Dia menghembuskan keluhan berat. Akhir-akhir ini banyak betul kejadian pelik yang berlaku.

****

Nour masih tidak tidur memikirkan hal yang berlaku siang tadi. Dia tidak sempat bertemu dan berbicara dengan lebih lanjut dengan Nouh mengenai hubungan mereka yang baru diketahui pagi tadi. Nak bertanyakan pada papa, malas pula. Nour masih di depan meja bacaannya mencoret sesuatu di dalam diari hariannya.

“Hari ini aku aku terkejut sangat bila dapat tahu Nouh tu abang kembar aku sebenarnya. Matanya pun sama macam aku. Mata yang pelik namun istimewa. Aku suka mata aku begini walaupun papa suruh aku sembunyikannya dari pengetahuan orang ramai. Kenapalah papa banyak sangat berahsia dengan aku? Entah apa lagi rahsianya yang belum diberitahu. Dahlah sekolah pun bebaru ni banyak sangat halnya. Kejap hilang sana kejap meletup sini kejap terbakar situ. Tak boleh bagi aku belajar dengan aman sikit ke? Mana aci macam ni. Walaupun aku tahu aku ni taklah pandai sangat macam Nouh tu, tapi aku nak juga berusaha sendiri dengan gigih. Tak mahu diganggu. Nak dapat kolej baik-baik. Nak dapat kerja baik-baik. Takkan hanya sekadar suri rumah sementara? Haish.”

Buku yang dibalut dengan kertas balutan berwarna pink itu ditutup. Lampu meja juga ditutup. Sony Ericsson W880i berwarna putih dibeleknya. Reminder untuk hari esok dilihat kembali. Sikat di atas meja dicapai, kemudian rambutnya yang panjang melepasi bahu disikat di hadapan cermin. Satu senyuman untuk diri sendiri. Sikat diletak, W880i diambil. Nour berjalan perlahan ke katil merah jambunya. Menghamparkan selimut, menepuk bantal, lalu melabuhkan kepalanya ke bantal seusai menepuknya beberapa kali. Telefon tangannya dibelek kembali. Menghantar mesej “Good Night Sweet Dream” kepada teman-teman rapatnya. Tiba-tiba ternampak nama Nouh di dalam senarai temannya. “Perlu tak aku hantar padanya?” Nour bermonolog sendirian. Bibir digigit. Rasa malu pun ada. “Ah hantar sajalah bukan sakit pun.” Butang Send ditekan. Telefon diletakkan di sebelah bantal, selimut ditarik, mata dipejam. Mimpi pun bermula..

****

Bzzzt..!! Kedengaran bunyi telefon tangannya bergetaran di atas meja. Nouh masuk ke dalam bilik semula untuk melihat mesej yang masuk. Ya, dia tahu mesej sahaja yang masuk kerana getaran itu hanya sebentar cuma. Belum pun sampai ke mejanya, satu lagi getaran berlaku. Bermakna dua mesej telah masuk. Diangkat W910i hitamnya. Dibuka inbox. Satu mesej yang tidak asing baginya. Vivian mengucapkan selamat tidur dan memesannya agar tidak membebankan fikirannya dengan hal siang tadi. Satu lagi pula, mesej dari Nour. “Tak pernah-pernah hantar mesej, tiba-tiba hantar ni?” ucap Nouh di dalam hati. Mesej Vivian dibalas “Okelah u pun sama oke.”. Mesej Nour dibiarkan dahulu. Mahu dikarang ayat juga mana tahu tuan punya mesej tak tidur lagi. Dapat satu idea. “Hai adikku sayang tak tidur lagi ke? Ke baru nak tidur? Okelah gunait too. XP” Butang send ditekan. Telefon tangan dimasukkan dalam poket dan Nouh kembali berdiri di beranda, menikmati bintang bergemerlapan di langit gelap..